Rangkaian fon telinga Huawei di Malaysia turut dikemaskini dengan penawaran baharu pada hari ini. Dikenali sebagai Huawei Freebuds 6i, ia ditawarkan pada harga jualan RM399 dengan pilihan warna putih, hitam dan ungu. Pratempah telah dibuka bermula sekarang hingga 6 Julai 2024.


Huawei Freebuds 6i merupakan set fon telinga nirwayar jenis dalam telinga dengan pod pengecas berbentuk bujur. Ini digabungkan dengan sepasang pemandu audio sebesar 11mm yang juga menyokong kawalan sesentuh.


Bateri disertakan boleh bertahan hingga 35 jam dengan bantuan pod pengecasan. Pengalaman main balik muzik selama empat jam tanpa henti turut boleh dinikmati oleh pengguna dengan hanya 10 minit pengecasan.

Tambatan pantas boleh dibuat melalui bluetooth 5.3 yang juga menyokong sambungan dua peranti serentak. Huawei turut melengkapkan fon telinga ini dengan penarafan kalis air IP54.