Carian
Apple Watch 10 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Lebih Nipis, Skrin Lebih Besar
June 18, 2024 Aman

Penganalisa popular, Ming-Chi Kuo kini berkongsi sasaran mengatakan Apple akan memperkenalkan jam tangan pintar Apple Watch Series 10 pada tahun ini, dengan rekaan yang lebih nipis dan juga saiz skrin lebih besar berbanding sebelumnya.

Ia dikatakan Apple Watch baharu akan membawakan naik-taraf skrin daripada 41mm kepada 44mm, sementara model 45mm akan dinaik-taraf kepada saiz skrin 49mm. Laporan ini hadir selari dengan laporan beberapa hari lepas mengatakan Apple ingin memfokuskan kepada rekaan peranti lebih nipis selepas pengenalan iPad Pro tempoh hari. iPad Pro baharu membawakan ketebalan yang lebih nipis jikalau dibandingkan dengan iPad Air.

Menurut penganalisa sama, Apple turut dijangka menggunakan binaan komponen berasaskan percetakkan 3D – dalam memastikan mengurangkan pembaziran, selain mempercepatkan lagi masa pengeluaran.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Apple melalui Apple Watch Series 10 – atau mungkin dikenali Apple Watch X kelak.

Komen