Carian
Kini Anda Boleh Tetapkan Menghantar Gambar HD Sebagai Tetapan Utama Di WhatsApp
June 18, 2024 Aman

Selepas memperkenalkan sokongan untuk menghantar gambar dalam pilihan resolusi HD, kini WhatsApp telah menambah sebuah tetapan baharu, yang membolehkan pengguna memilih untuk menghantar semua gambar dalam kualiti HD sebagai tetapan lalai.

Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perli ke halaman Tetapan (Settings) dan seterusnya pilih Storan dan Data. Pada pilihan “Kualiti Muat-Naik Media” (Media Upload Quality), anda boleh memilih untuk memuat-naik video dan gambar dalam kualiti HD sebagai tetapan lalai di aplikasi permesejan WhatsApp.

Sebaik sahaja melakukan tetapan berkenaan, semua gambar yang dikongsikan melalui WhatsApp seterusnya akan dihantar dalam bentuk HD – dan tidak lagi perlu memilih tetapan secara berasingan setiap kali menghantar gambar.

Komen