Carian
CMF Phone 1 Akan Dilancarkan Pada 8 Julai
June 18, 2024 Effi Saharudin

CMF mengesahkan telefon pintar pertama mereka CMF Phone 1 akan dilancarkan pada 8 Julai hadapan bersama dengan fon telinga Buds Pro 2 dan jam tangan pintar Watch Pro 2. Pelancaran Phone 1 adalah dinantikan kerana Nothing mengacah ia akan mempunyai tombol berputar di bahagian belakang untuk kawalan audio.

Ura-ura mengatakan peranti akan dilengkapi skrin 6.7″ OLED, dijana cip Dimensity 7200, memori 6GB RAM, storan 256GB, kamera utama 50+50 MP, kamera swafoto 16MP dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 33W. Selain itu terdapat skru di belakang yang boleh disambungkan kepada aksesori yang juga ditawarkan oleh CMF.

Komen