Carian
Habbo Hotel Asal Akan Kembali Semula Esok
June 18, 2024 Effi Saharudin

Kepada yang sudah agak berusia, Habbo Hotel ialah antara platform media sosial terawal yang kini dianggap sebagai metamesta. Kewujudannya membuka jalan kepada Meta Horizons Worlds dan Roblox. Bermula esok. Habbo Hotel Origins akan dilancarkan dengan ia menawarkan kandungan yang sama seperti Habbo Hotel dari tahun 2005. Habbo Hotel asal dilancarkan pada tahun 2020 dengan ia segera menjadi meme selepas menjadi mangsa serangan 4Chan.

Ia masih beroperasi sehingga sekarang cuma kandungan telah banyak berubah berbanding kandungan yang ditawarkan ketika zaman puncak popularitinya sekitar 2005. Pembangun asal Habbo Hotel menemukan fail pad pelayar lama dan Habbo Hotel Origins dilancarkan untuk pemain yang ingin kembali ke masa lampau di atas talian.

Ia kembali mendapat perhatian pemain lama pada tahun 2020 disebabkan oleh pandemik. Ramai yang ingin kembali bersosial ketika terkurung di rumah dan Habbo Hotel kembali menjadi tempat pertemuan yang popular. Untuk pergi ke Habbo Hotel Origins sila ke pautan di bawah dan pembangun sudah berjanji kolam renang tidak akan ditutup kali ini.

Komen