Carian
Apple Dilaporkan Menghentikan Pembangunan Apple Vision Pro 2 – Memfokuskan Versi Lebih Murah Terlebih Dahulu
June 18, 2024 Aman

Apple kini dilaporkan menghentikan pembangunan untuk Apple Vision Pro generasi kedua, sebaliknya ingin memfokuskan pembangunan untuk versi lebih murah terlebih dahulu. Peranti yang mungkin dikenali Apple Vision berkenaan disasarkan untuk pelancaran sekitar penghujung 2025.

Apple Vision Pro sedia membawakan tanda harga yang agak mahal, mencapai RM20,000 – sekaligus menjadikan ia tidak begitu mesra untuk pengguna awam. Dengan penawaran versi lebih murah, ia dijangka akan meningkatkan kadar penggunaan platform visionOS, sekaligus membolehkan lebih banyak kandungan dan aplikasi dibangunkan untuknya.

Pada masa yang sama, ia diperkatakan Apple mempunyai cabaran tersendiri dalam penawaran peranti pada harga lebih rendah dari segi untuk mendapatkan barangan dan komponen yang mampu memberikan pengalaman baik, dan pada masa yang sama menjadikan set kepala berkenaan lebih ringan dan selesa dipakai.

Dengan pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna untuk Apple Vision Pro, semestinya versi lebih murah akan menentukan secara kasar masa depan peranti set kepala berkenaan – termasuk kumpulan sasarannya kelak. Sama-sama kita nantikan perkembangan Apple Vision ini.

Komen