Carian
Samsung ViewFinity Baharu Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,399
June 19, 2024 Amy Maizuraa

Samsung telah memperkenalkan monitor ViewFinity S7 S70D UHD baharu di Malaysia. Terdapat dua pilihan saiz disediakan iaitu 27″ dan 32″ yang masing-masing dijual pada RM1,399 serta RM1,699 sebuah. Diskaun sebanyak RM150 diberikan untuk versi 32″ yang menjadikannya berharga RM1,549 untuk masa terhad. Sementara itu, versi 27″ pula boleh didapati pada RM1,299 dengan diskaun RM100 yang diberikan melaluinya.

Samsung ViewFinity baharu menawarkan pilihan paparan bersaiz 27″ dan 32″ dengan kadar segar semula 60Hz. Ia juga menyokong resolusi 3840 x 2160 piksel, masa tindak balas 5ms dan gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 350nits. Terdapat juga cagak yang boleh dilaraskan dalam pelbagai sudut bersama hab untuk USB serta sokongan KVM. Samsung ViewFinity baharu ini disediakan dalam warna hitam sahaja.

Komen