Carian
Samsung Smart Monitor Baharu Diperkenalkan Di Malaysia Bermula RM1,288
June 19, 2024 Amy Maizuraa

Samsung dilihat turut membawa masuk rangkaian Smart Monitor baharu di Malaysia. Ianya terdiri dengan Samsung Smart Monitor M8 2024, Samsung Smart Monitor M7 2024 dan Samsung Smart Monitor M5 2024 yang boleh didapati dalam pelbagai pilihan saiz skrin. Harga jualan penuh pula seperti berikut:

  • 27″ Smart Monitor M5 M50D FHD – RM1,288
  • 32″ Smart Monitor M5 M50D FHD – RM1,388
  • 32″ Smart Monitor M7 M70B (UHD) – RM1,788
  • 32″ Smart Monitor M7 M70D (FHD) – RM1,888
  • 43″ Smart Monitor M7 M70D – RM2,288
  • 32″ Smart Monitor M8 M80D – RM3,488

Terdapat harga promosi lebih rendah ditawarkan untuk mana-mana pembelian yang dibuat sehingga 30 Jun 2024. Di mana monitor-monitor berkenaan boleh diberli dengan diskaun sehingga RM500 lebih murah yang menjadikan ia boleh dibeli diantara harga jualan RM1,188 hingga RM2,988.

Kesemua monitor berkongsi sebahagian besar fungsi yang sama. Ia dilengkapi skrin rata dengan kadar segar semula 60Hz, pensijilan HDR10+, tahap kecerahan mencapai 400 cd/㎡ dan nisbah kontras 3,000:1. Kesemua monitor juga dilengkapi cip NQM AI yang membolehkan ciri pintar menjalankan aplikasi, meningkatkan kualiti grafik 4K dan menganalisa audio persekitaran untuk tetapan audio paling sesuai.

M8 hadir dengan skrin 32″ 4K, M7 dengan skrin 43” dan 32” 4K dan akhir sekali M5 dengan pilihan skrin 32″ dan 27″ FHD. Sebagai model paling mercu, M8 juga menyokong audio 360 darjah menggunakan Galaxy Buds dan mempunyai kamera SlimFit untuk panggilan video.

Komen