Carian
Siri Oppo Reno12 Akan Tiba Di Malaysia Pada 27 Jun 2024
June 19, 2024 Amy Maizuraa

Oppo berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk peranti baharu Reno12 untuk pasaran Malaysia. Ianya dijadualkan berlangsung pada 27 Jun 2024 dengan dua model yang boleh diumumkan ialah Reno12 dan Reno12 Pro. Seperti yang diperkatakan sebelum juga fokus utama peranti boleh terletak pada kemasan yang moden, keupayaan mod potret berkuasa AI dan bateri berkapasiti besar.

Butiran lanjut mengenai perkakasan dalaman tidak didedahkan buat masa ini. Namun sekiranya peranti-peranti tersebut adalah variasi yang sama seperti di Eropah, maka cip MediaTek Dimensity 7300-Energy digunakan sebagai tunjang utama. Ia sama sekali berbeza dengan versi di China yang menggunakan cip Dimensity 9200+.

Komen