Tidak dinafikan yang Samsung Galaxy S24 Ultra adalah antara peranti mercu Android terbaik di pasaran sekarang sehingga kami menggelar peranti ini sebagai Pixel untuk global. Kemampuan kamera yang hebat pada peranti ini turut membuatkan kami teruja. Tidak lama lagi, Samsung akan menyediakan 200 S24 Ultra bagi merakam acara pembukaan Olimpik 2024.

Samsung bekerjasama dengan Orange iaitu syarikat telekomunikasi popular di Perancis. Ketika acara pembukaan ini sebanyak 85 kapal akan terlibat, 200 S24 Ultra ini akan dipasangkan pada luan dan buritan kapal. Acara pembukaan Olimpik 2024 ini akan melibatkan 10,500 atlet di Sungai Seine, Perancis dan setiap peranti Samsung Galaxy S24 Ultra ini akan melakukan penstriman siaran langsung untuk penonton di rumah melihat pengalaman dan reaksi setiap atlet.

Selain membuktikan kemampuan kamera dan OIS S24 Ultra kerana berada di atas kapal yang bergoyang-goyang, kerjasama dengan Orange ini turut akan membuktikan kemampuan sambungan 5G peranti ini. Acara pembukaan Olimpik 2024 boleh distrim bermula 27 Julai jam 1:30 pagi.