Carian
Logitech Melancarkan Papan Kekunci Keys-To-Go 2 Baharu
June 19, 2024 Amy Maizuraa

Logitech telah mengumumkan papan kekunci Keys-To-Go 2 baharu yang direka untuk kegunaan pada tablet dan peranti mudah alih seperti iPad. Ia juga mudah digunakan melalui rekaannya yang nipis dan ringan. Selain mempunyai penutup terbina bertujuan melindungi papan kekunci daripada sebarang kerosakan sekaligus boleh bertahan lebih lama.

Logitech melengkapkan lagi papan kekunci ini dengan dua susun atur iaitu universal dan khusus untuk peranti Apple. Barisan paling atas dilihat menawarkan pelbagai akses pintasan mudah seperti melaraskan kelantangan, main balik audio, kecerahan skrin serta mengunci paparan peranti. Ia boleh diprogramkan untuk ditambah kepada tiga peranti berbeza menggunakan bluetooth dengan pertukaran dilakukan melalui sebuah butang khusus.

Dengan bateri yang digunakan, papan kekunci boleh bertahan sehingga tiga tahun bergantung pada jenis penggunaan. Logitech Keys To-Go-2 ditawarkan dalam tiga pilihan warna seperti Pale Gray, Graphite dan Lilac dengan harga jualan £79.99 (~RM479) seunit.

Komen