Carian
Apple Melancarkan Laman Web “Help Me Choose” Bagi Membantu Pengguna Memilih Mac Terbaik
June 19, 2024 Fahim Zahar

Jika iPad adalah tablet terbaik di pasaran adakah anda bersetuju peranti Mac sebagai komputer terbaik di pasaran? Peranti Mac sejak menggunakan cip Apple M ia sudah menjadi sangat baik sehingga menyokong permainan video AAA, boleh melakukan pelbagai tugasan dengan lancar walaupun spesifikasi peranti paling asas dan terbaru semua peranti dengan cip Apple M akan menyokong Apple Intelligence. Jika anda belum memiliki atau baru ingin membeli sebuah Mac, Apple telah melancarkan sebuah laman web yang boleh membantu semua.

Laman web ini adalah Help me choose dan walaupun ia hanya memaparkan produk di Amerika Syarikat, anda boleh sahaja menjadikan laman web ini sebagai rujukan sebelum pergi ke laman web Apple Malaysia. Help me choose akan tanya beberapa soalan seperti Mac ini dibeli untuk apa?, apakah tugasan harian yang akan dilakukan?, apa pula tugasan ketika bekerja?, apa pula tugasan kreatif di luar waktu bekerja? dan Mac jenis apa diperlukan adakah untuk di bawa ke mana sahaja atau untuk pejabat atau lain-lain?

Apple kemudiannya turut bertanya sama ada adakah anda akan menggunakan monitor, storan luaran, menggunakan pelbagai aksesori dan banyak lagi. Akhir sekali adalah bajet dan apa yang saya jawab Apple mencadangkan MacBook Air 13″ atau MacBook Air 15″ dengan cip M3, memori dan storan 16/512 GB. Selama ini saya beranggapan memerlukan sebuah MacBook Pro, sekarang saya perlu ulangkaji lagi adakah apa yang Apple cadangkan ini mencukupi untuk saya untuk jangka masa panjang.

Komen