Lembaga Hasil Dalam Negeri kini sekali lagi mengingatkan mana-mana individu yang terlibat dengan perdagangan kriptowang di Malaysia adalah tertakluk kepada cukai pendapatan di Malaysia. Perkara ini dikongsikan selari dengan pelaksanaan “Ops Token” baru-baru ini.
“Ops Token” telah dilaksanakan dengan kerjasama PDRM dan juga CyberSecurity Malaysia di 10 lokasi berbeza di sekitar Lembah Klang. Melaluinya, data perdagangan kriptowang telah diperoleh untuk mengenal-pasti nilai aset digital yang didagangkan, sehingga menyebabkan ketirisan hasil cukai untuk negara. Ia juga didapati terdapat beberapa entiti syarikat yang diwujudkan untuk menjadi pengantara dagangan kriptowang, sekaligus mengelak pelaporan cukai.
LHDN turut mengalakkan orang ramai yang melakukan dagangan kriptowang untuk hadir ke pejabat LHDN dan melakukan pelaporan cukai.