Carian
Safe Superintelligence Inc Ditubuhkan Oleh Pengasas OpenAI Untuk Pembangunan AI Lebih Selamat
June 20, 2024 Effi Saharudin

Syarikat kecerdasan buatan (AI) baharu Safe Superintelligence Inc (SSI) telah ditubuhkan oleh Ilya Sutskever semalam. Sutskever ialah antara pengasas OpenAI dimana beliau merupakan ketua saintis dengan beliau baru sahaja meletakkan jawatan daripada syarikat ini bulan lalu. Tujuan syarikat ditubuhkan ialah bagi membangunkan kecerdasan buatan yang lebih selamat berbanding yang sedang dibangunkan oleh syarikat-syarikat lain.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SSI semalam, syarikat ingin membangunkan kepintaran super yang selamat dengan ia menjadi fokus utama. Kemampuan kecerdasan pintar yang tinggi dibangunkan bersama pendekatan yang selamat.

Tumpuan utama SSI ini bermakna tiada gangguan oleh pengurusan overhed atau keperluan menghasilkan kitaran produk, dan model perniagaan akan melebihi kepentingan keselamatan dan oleh itu tiada tekanan komersial jangka pendek. SSI akan membuka pejabat mereka di Palo Alto dan Tel Aviv.

Pada waktu ini SSI mempunai tiga orang pengasas iaitu Ilya Sutskever, Daniel Gross, Daniel Levy. Daniel Levy juga adalah bekas kakitangan OpenAI sementara Daniel Gross pula ialah seorang usahawan yang menubuhkan syarikat AI Cue yang diambil alih oleh Apple.

Komen