Carian
TikTok Symphony Memperkenalkan Ciri Avatar Hos Dan Alih Bahasa Video Automatik
June 20, 2024 Effi Saharudin

Menghasilkan “konten” untuk media sosial kini ialah kerjaya sebenar dan bukan sekadar kerja sambilan. TikTok yang dahulunya dilabel sebagai platform media sosial picisan untuk remaja kini digunakan oleh jenama untuk menjual produk dan ahli politik seperti Biden serta Trump turut menggunakannya walaupun mahu mengharamkannya. Terkini TikTok Symphony dilancarkan dengan ia menawarkan beberapa ciri berasaskan AI untuk memudahkan penghasilan kandungan.

Ciri pertama ialah jenama kini boleh menghasilkan hos dalam bentuk avatar yang direka khusus untuk kegunaan mereka. Avatar ini akan menjadi pengganti hos manusia atau pempengaruh media sosial yang perlu dibayar. Hanya berikan ia skrip bertulis dan AI generatif Symphony akan menghasilkan video dengan avatar ini. Video dalam pelbagai bahasa dapat dihasilkan dengan hanya memilih trek bahasa yang ingin dijana.

Pada waktu yang sama videos sedia ada boleh diubah secara automatik kepada 10 bahasa iaitu Inggeris, Jepun, Korea, Sepanyol, Perancis, Jerman, Portugis, Turki, Itali, dan Indonesia. Menghasilkan sari kata dalam 10 bahasa ini juga boleh dilakukan secara automatik.

TikTok Symphony kini ditawarkan kepada pengguna terpilih dalam peringkat Beta. Untuk mencubanya pengguna perlu melakukan permohonan menerusi pautan di bawah.

Komen