Carian
Pentax 17 Ialah Kamera Filem Pertama Ricoh Dalam Tempoh 21 Tahun
June 20, 2024 Effi Saharudin

Sedekad lalu ramai sudah membacakan talkin kepada industri kamera filem dengan pengeluar seperti Canon menyatakan hasrat ia tidak lagi akan dihasilkan. Kamera pada telefon pintar dan kamera digital menjadi pengusung keranda kamera filem dengan peminatnya bercucuran air mata.

Tetapi generasi Z memulakan zaman Renaissance untuk kelengkapan analog seperti kaset, piring hitam dan kini kamera filem. Oleh sebab permintaan yang kembali wujud, Ricoh melancarkan Pentax 17 yang merupakan kamera filem pertama mereka dalam tempoh 21 tahun.

Pentax 17 ialah kamera dengan lensa 25mm f/3.5 lens yang berasaskan lensa PENTAX Espio Mini yang dikeluarkan oleh mereka pada tahun 1994. Bukan sahaja kamera ini menggunakan filem analog, kamera juga analog dengan filem perlu digerakkan sendiri menerusi tuil berputar manual. Tetapan enam mod dedahan filem boleh dilakukan secara automatik atau ditetapkan sendiri oleh pengguna.

Gambar yang diambil adalah dalam format menegak dimana satu bingkai filem 35mm yang digunakan memuatkan dua gambar menerusi dedahan berganda secara bergilir. Ciri lain yang diberikan ialah flash terbina dengan sumber kuasa menerusi bateri 3V litium (CR2). Pentax 17 dijual pada harga $500 (~RM2355). bermula bulan ini di pasaran terpilih.

Komen