Carian
Apple Mengumumkan Apple Pickup Untuk Pasaran Malaysia – Tempah Di Web Dan Ambil Di Apple Store
June 20, 2024 Aman

Apple hari ini memperlihatkan pra-pembukaan Apple Store, sekaligus turut mengumumkan pengenalan ciri Apple Pickup untuk pasaran Malaysia. Melaluinya, ia membolehkan pengguna melakukan tempahan dan pembelian melalui web Apple Store, dan seterusnya mengambil produk berkenaan di Apple Store Malaysia yang terletak di The Exchange TRX.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan lagi pengguna dalam mendapatkan produk dengan pantas, tanpa perlu menantikan penghantaran ke rumah yang mungkin mengambil masa beberapa hari tambahan.

Pada masa yang sama, ini juga akan membantu ketika pelancaran beberapa produk, seperti iPhone. Dimana pengguna tidak perlu beratur untuk membeli ketika pelancaran, sebaliknya boleh melakukan pembelian di web, dan hadir untuk mendapatkan iPhone mereka.

Ciri Apple Pickup ini dijangka diaktifkan dalam beberapa hari – selari pembukaan Apple The Exchange TRX pada 22 Jun 2024.

Komen