Carian
Realme GT 6 Dan GT 6T Kini Rasmi – Harga Bermula RM 1999
June 20, 2024 Effi Saharudin

Realme GT 6 dan Realme GT 6T telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini serentak dengan pelancarannya di peringkat global. Realme GT 6 ialah model lebih premium dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED LTPO 120Hz, dilengkapi cip Snapdragon 8s Gen 3, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 5500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W SuperVOOC.

Kamera pula terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP LYT-808, lensa ultra sudut lebar 8MP dan lensa telefoto 50MP Samsung JN5. Hanya lensa sudut lebar hadir dengan sokongan OIS. Sementara itu di hadapan pula terdapat sensor kamera 32MP untuk swafoto.

Peranti dilengkapi pemancar infra merah, speaker stereo, dan kemampuan kalis air IP65. Sistem operasi yang digunakan pula ialah RealmeUI 5.0 yang berasaskan Android 14.

Sementara itu Realme GT 6T pula ialah model lebih premium dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED LTPO 120Hz, dilengkapi cip Snapdragon 7+ Gen 3, memori 12GB RAM, storan 256GB dan bateri 5500 mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 120W SuperVOOC.

Kamera pula terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP LYT-600, dan lensa ultra sudut lebar 8MP IMX355 Hanya lensa sudut lebar hadir dengan sokongan OIS. Sementara itu di hadapan pula terdapat sensor kamera 32MP untuk swafoto. Peranti dilengkapi speaker stereo dan menjalankan sistem operasi RealmeUI 5.0 yang berasaskan Android 14.

Di Malaysia harga jualan peranti adalah seperti di bawah.

  • Realme GT 6 (12/256GB) – RM2599
  • Realme GT 6 (16/512GB) – RM2899
  • Realme GT 6T (12/256GB) – RM2399

Untuk tempoh promosi, pembeli Realme GT 6 akan menerima Realme Buds Air 5, Techlife Watch A1 dan perlindungan skrin percuma selama setahun. Sementara itu Realme GT 6T pula ditawarkan pada harga istimewa RM1999 dengan perlindungan skrin percuma selama setahun.

Komen