Carian
MrBeast Merancang Untuk Perkenal Permua Tersendiri Seawal 2025
June 20, 2024 Aman

MrBeast, penerbit kandungan paling popular di YouTube, kini dilihat akan hadir dengan permainan mudah-alih (permua) tersendiri, seawal tahun hadapan, 2025. Buat masa ini, maklumat lanjut berkenaan permua berkenaan tidak diketahui lagi.

Perkara berkenaan perancangan ini didedahkan melalui dokumen mahkamah melibatkan litigasi MrBeast dan juga rakan kerjasama MrBeast Burger.

Disamping permua, MrBeast juga dilihat merancang untuk memperkenalkan jenama minuman tersendiri pada tahun hadapan – sekaligus memperluaskan lagi penawaran dibawah jenama MrBeast. Dalam masa terdekat juga, ramai yang menantikan program realiti bersama pihak Amazon Prime, dinamakan “Beast Games”

Komen