Carian
Instagram Live Kini Boleh Dihadkan Kepada Close Friends Sahaja
June 21, 2024 Effi Saharudin

Meta mengemaskini ciri Instagram Live yang kini boleh dihadkan kepada mereka yang dimasukkan ke dalam senarai Close Friends sahaja. Menerusi ciri ini, semua Close Friends boleh menyertai sesi Instagram Live yang kini lebih peribadi.

Menurut Instagram, ciri ini sesuai digunakan untuk sesi perbincangan atau hanya membenarkan akses kepada sekumpulan pengikut yang membayar untuk sesi telesidang dalam kumpulan yang lebih kecil. Selain ini, Instagram turut memperkenalkan sokongan meletakkan audio pada gambar dan video yang dimuat naik sekali menerusi ciri Carousel. Sebelum ini hanya gambar sahaja boleh menggunakan ciri ini.

Pada Reel pula, pengguna boleh meletakkan lirik yang beranimasi serentak dengan lagu yang digunakan sebagai muzik latak. Kesemua ciri ini sudah boleh digunakan sekarang.

Komen