Carian
Paparan Gaming Illegear Apex 32 Ultra Kini Ditawarkan Pada Harga RM1999
June 21, 2024 Nazrin

Jika anda sedang mencari sebuah paparan skrin gaming bersaiz besar, Illegear hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mula menawarkan paparan gaming Illegear Apex 32 Ultra, iaitu model paparan Apex bersaiz 32 inci hari ini.

Paparan skrin IPS bersaiz 32 inci ini hadir dengan resolusi 4K (3840×1260) dengan kadar segar semula 144Hz dan mempunyai nilai kecerahan 400 nit dan menyokong teknologi HDR dan juga sokongan untuk olahan warna 10-bit.

Apex 32 Ultra ini juga hadir dengan sokongan untuk palam HDMI 2.1 dan DisplayPort 1.4 dan boleh digunakan dengan konsol permainan kegemaran anda seperti Sony PlayStation 5 ataupun Xbox Series X dan Series S.

Ia juga mempunyai dua pembesar suara terbina yang boleh digunakan sekiranya anda tidak mahu menggunakan pembesar suara sendiri. Illegear kini sedang menyambut ulang-tahun ke-13, dan setiap pembelian paparan skrin ini akan hadir dengan tapak kaki bernilai RM99, kabel HDMI 2.1 bernilai RM39 dan juga kabel DisplayPort 1.4 bernilai RM49.

Sebahagian daripada ulang-tahun tersebut, Illegear juga telah mengurangkan sedikit tanda harga paparan ini dari RM2299 ke RM1999 untuk tempoh terdekat ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai paparan ini, anda boleh layari laman web Illegear Malaysia.

Komen