Carian
CEO SoftBank : AI Yang 10,000 Kali Ganda Lebih Pintar Banding Manusia Bakal Hadir Dalam 10 Tahun
June 22, 2024 Aman

CEO SoftBank, Masayoshi Son kini berkongsi di Jepun berkenaan sasaran dalam arena kecerdasan buatan, dan mengatakan kelak kecerdasan buatan atau AI ini akan menjadi 10,000 kali ganda lebih pintar berbanding manusia. Perubahan ini dipanggil dengan nama ASI (Artificial Super Intelligence), dan dijangka akan dicapai dalam tempoh sekitar 10 tahun lagi.

ASI ini dikategorikan lebih ke hadapan berbanding AGI (Artificial General Intelligence) yang dijangka akan dicapai dalam masa beberapa tahun lagi. AGI ini dikatakan akan membolehkan kecerdasan buatan beroperasi pada tahap kepintaran manusia.

Ia dikatakan AGI tidak akan memberikan impak yang besar pada kehidupan harian manusia memandangkan ia tidak begitu jauh berbeza dengan kepintaran manusia. Tetapi, ASI akan membawa impak berbeza.

SoftBank sedia melakukan pelaburan pada pelbagai syarikat, dan dilihat lebih memfokuskan firma kecerdasan buatan untuk kebelakangan ini. Masayoshi Son sendiri menyatakan yang serius dalam arena ini, dan akan melihat untuk merealisasikan ASI ini, serta membawa kepada evolusi manusia.

Komen