Carian
Sertai Program NEXT: AI Connect 2024 Untuk Pemahaman Lebih Mendalam Kemajuan AI
June 22, 2024 Amy Maizuraa

Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan program NEXT: AI Connect 2024 yang akan diadakan pada 26 Jun 2024 di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang. Secara umum program ini bertujuan untuk mendedahkan lebih mendalam tentang kemajuan terkini dalam kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan syarikat pemula, pemimpin industri dan mana-mana individu yang berminat. Selain itu, program juga akan mendedahkan bagaimana AI mampu mengubah secara signifikan kehidupan manusia dan industri.

Terdapat dua sesi yang yang berlangsung dari jam 8 pagi – 5.15 petang. Setiap sesi dipenuhi dengan topik menarik untuk dibincangkan yang merangkumi pelbagai aspek, contohnya AI Solution & Showcase, AI & LLM, What is LLM dan banyak lagi. Tiada bayaran dikenakan bagi mereka yang merupakan pelajar universiti dan kolej.

Kod promo boleh diperolehi dengan cara menghubungi pihak penganjur. Sementara itu, harga normal tiket untuk para startup pula berharga RM25 (termasuk makan tengah hari) tetapi boleh dibeli pada hanya RM10 untuk mana-mana pembelian awal.

Sila layari laman web rasmi Eventsize untuk butiran lebih lanjut.

Komen