Carian
Majoriti Kawasan Persekitaran Chernobyl Kini Kembali Selamat Untuk Pertanian
June 22, 2024 Effi Saharudin

Tragedi Chernobyl yang berlaku pada tahun 1986 menyebabkan kawasan persekitaran loji tenaga nuklear ini perlu dikosongkan kerana bahaya radiasi. Kawasan yang tercemar ini diberi nama Zon Pengecualian mempunyai keluasan 2,600 km2. Tetapi selepas 38 tahun, saintis di Ukraine mengisytiharkan majoriti tanah pertanian dalam Zon Pengecualian kini kembali selamat untuk digunakan.

Survey yang dilakukan oleh Universiti Kehidupan dan Sains Alam Sekitar Ukraine mendapati lebih 80% kawasan pertanian dalam Zon Pengecualian kini mempunyai bacaan radiasi yang selamat untuk ia dikembalikan untuk menghasilkan tanaman. Hanya zon yang berhampiran reaktor yang meletup masih lagi berbahaya dengan ia hanya akan kembali selamat untuk manusia selepas 20,000 tahun.

Pengumuman ini adalah berita baik bagi Ukraine yang memerlukan kawasan pertanian ketika konflik dengan Rusia masih berterusan. Terdapat banyak kawasan pertanian yang kini menjadi medan pertempuran dan ada juga yang telah dirampas oleh Rusia sejak konflik bermula pada tahun 2014.

Walaupun Zon Pengecualian didapati berbahaya kepada manusia, haiwan berevolusi untuk menjadi kalis radiasi sejak 1986. Antara yang berlaku ialah serigala dan cacing yang kalis kanser walaupun tinggal di kawasan radiasi yang boleh membunuh manusia.

Komen