Carian
Sony Membayar £1 Billion Untuk Membeli Hak Penerbitan Lagu Queen
June 22, 2024 Effi Saharudin

Sony dilaporkan bersetuju membayar £1 billion kepada ahli kumpulan Queen untuk membeli hak katalog dan penerbitan lagu kumpulan tersebut. Ini ialah bayaran yang tertinggi di dunia pernah dilakukan untuk hak penerbitan lagu yang dipegang oleh artis rakaman.

Kumpulan Queen masih lagi mempunyai 52.6 juta pendengar aktif bulanan di Spotify walaupun penyanyi asal Freddie Mercury telah meninggal dunia pada tahun 1991. Album terakhir pula diterbitkan pada tahun 1995. Sungguhpun begitu populariti Queen masih lagi tinggi dibantu oleh sambutan luar biasa filem biografi Bohemian Rhapsody pada tahun 2018.

Sekiranya pembelian dimuktamadkan, Sony turut memegang hak imej Queen yang boleh dikomersialkan oleh mereka. Sebelum ini artis seperti Bruce Springsteen menjual katalog beliau padaharga $500 juta sementara Bob Dylan pula dibayar $300 juta.

Komen