Carian
X Mengehadkan Ciri Penstriman Video Langsung Hanya Untuk Pelanggan Premium Sahaja
June 22, 2024 Aman

X kini mengumumkan tidak lama lagi mereka akan mula mengehadkan ciri penstriman video langsung pada platform mereka, khusus untuk pelanggan berbayar dan melanggan pelan Premium sahaja. Ini sekaligus akan memerlukan sesiapa sahaja yang ingin melakukan penstriman langsung pada platform tersebut perlu melakukan pembayaran, sebelum dapat menggunakan ciri tersebut.

Perkara ini juga sekaligus mengubah bagaimana ciri penstriman video akan digunakan pada platform X. Buat masa ini, ciri lebih kurang sama ditawarkan percuma di Facebook, YouTube, TikTok, Instagram dan Twitch – sekaligus membawa kepada persoalan keperluan pengguna membayar khusus untuk ciri tersebut.

Ia tidak dimaklumkan berkenaan mengapakah perubahan polisi ini berlaku. Selain penstriman video langsung ini, pelanggan berbayar juga menerima akses kepada penulisan artikel lebih panjang, paparan iklan yang lebih sedikit, dan beberapa ciri tambahan lain.

X Premium ditawarkan pada harga langganan bermula RM35 sebulan.

Komen