Carian
Amazon Dilaporkan Pertimbang Untuk Kenakan Caj Bulanan Untuk Alexa
June 23, 2024 Aman

Alexa merupakan salah satu perkhidmatan pembantu maya yang ditawarkan oleh Amazon, dan turut disediakan melalui integrasi sejumlah peranti. Terbaru, dengan letusan arena kecerdasan buatan, Amazon dijangka akan mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan generatif pada Alexa, dan pada masa yang sama memperkenalkan caj bulanan untuknya pada harga sekitar $5 sebulan.

Alexa

Caj bulanan ini bakal menawarkan sejumlah akses tambahan dan kebolehan yang lebih baik melalui Alexa. Mengikut laporan awal, Amazon menyasarkan untuk memperkenalkan Alexa versi baharu ini sektiar Ogos 2024 ini.

Alexa sebelum ini ditawarkan bersama peranti Echo, sekaligus memudahkan pengguna menguruskan sejumlah peranti berhubung di rumah, selain menjawab beberapa persoalan asas, menetapkan peringatan dan sebagainya. Dengan pembaharuan yang bakal dibawakan Alexa, ia dijangka membawa sejumlah penambah-baikkan, selain kemampuan berkomunikasi berasaskan konteks.

Pada hari ini, beberapa perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan mula menerima perhatian ramai, termasuk ChatGPT oleh OpenAI, Gemini oleh Google, CoPilot oleh Microsoft, dan beberapa yang lain.

Komen