Carian
Era Baru Peranti OPPO – Integrasi AI Dalam Fotografi Mudah Alih
June 24, 2024 Farah Izzati

Kecerdasan buatan (AI) sudah pun menjadi suatu norma sejak kebelakangan ini terutamanya dalam dunia teknologi. Hal ini disebabkan penggunaan AI sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan pelbagai tugasan dalam kehidupan seharian kita. Oleh sebab itu, pelbagai jenama telefon pintar semakin giat meneroka dan memanfaatkan potensi AI dalam pelbagai aspek. Salah satunya adalah integrasi AI dalam fotografi, yang mampu menghasilkan gambar yang lebih menarik.

Melalui integrasi AI, ia telah membuka pintu kepada pelbagai kebolehan dalam fotografi telefon pintar, malah memberi peluang kepada pengguna untuk merakam gambar yang lebih cantik. Tentu anda tertanya-tanya, bagaimanakah kehadiran AI membolehkan telefon pintar untuk menghasilkan karya fotografi yang lebih menawan dengan begitu mudah, bukan? Jadi, ayuh kekal bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Integrasi AI Dalam Fotografi Mudah Alih Pada Masa Kini

Pasaran global bagi kamera yang diintegrasikan AI telah berkembang dengan sangat pesat sekali kerana didorong oleh permintaan pengguna untuk peranti canggih yang dilengkapi dengan AI. Dengan kehadiran AI generatif, ia telah membawa kepada satu era baru bagi fotografi mudah alih. Sebagai contoh, siri OPPO Reno12 membawakan teknologi AI seperti AI Eraser, dimana ia membolehkan pengguna memadam objek yang tidak diingini dalam gambar dengan mudah.

Ini Bagaimana AI Berfungsi Secara Dasarnya

Untuk pengetahuan anda, kecerdasan buatan ataupun AI merujuk kepada sistem komputer yang direka untuk meniru kebolehan manusia seperti belajar, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pada asasnya, AI bekerja melalui penggunaan algoritma dan model matematik yang boleh menganalisis data, mengenal pasti corak dan membuat ramalan berdasarkan data tersebut. Terdapat beberapa jenis AI, termasuk machine learning dan deep learning.

Machine learning adalah salah satu cabang AI yang menggunakan algoritma untuk belajar daripada data bagi membuat ramalan. Deep learning pula adalah subset dari machine learning yang meningkatkan lagi proses ramalan melalui rangkaian neural dengan menganalisis data kompleks untuk menghasilkan ramalan yang lebih tepat. Secara keseluruhannya, AI membolehkan sistem untuk berfungsi dengan tahap kecekapan dan ketepatan yang tinggi, memudahkan pelbagai tugas dalam kehidupan seharian kita.

Bagaimana AI Digunakan Dalam Fotografi Mudah Alih

AI muncul dalam pelbagai bentuk untuk fotografi mudah alih bagi membentuk cara rakaman ditangkap dan diproses. Bermula dari pengecaman persekitaran sehingga ke pelarasan parameter, algoritma AI dapat mengoptimumkan setiap rakaman. Oleh sebab itu, jenama telefon pintar seperti OPPO mengambil kira ciri-ciri penting AI untuk diintegrasikan dalam peranti mereka. Ini termasuklah penggunaan sumber yang cekap, sensor masa nyata, keupayaan pembelajaran kendiri yang bagus dan kebolehan penjanaan kandungan.

Semenjak dekad yang lalu, OPPO telah pun memfailkan lebih dari 5,000 paten yang berkaitan dengan AI. Kira-kira sebanyak 70% daripadanya tertumpu kepada penceritaan AI. Malah, sejak tahun 2020, OPPO telah bangunkan model bahasa raya (LLM) mereka yang tersendiri.

Penggunaan AI Pada Telefon Pintar OPPO

Pada Februari tahun ini, OPPO telah menubuhkan Pusat AI OPPO dimana ia menjadi tempat di mana mereka menguji kemampuan AI yang diberikan kepada pengguna. Malah, mereka juga turut memperkenalkan AndesGPT dengan 180 bilion parameter, dimana ia membawakan keupayaan AI yang terkini dalam telefon pintar. Untuk pengetahuan anda juga, OPPO adalah syarikat telefon pintar pertama yang menggunakan LLM dengan 7 bilion parameter pada peranti mereka. Secara tidak langsung, ia akan memperkenalkan lebih daripada 100 kebolehan AI generatif pada telefon pintarnya tahun ini.

Ciri-ciri seperti memadam objek menunjukkan potensi AI untuk meningkatkan lagi pengalaman fotografi pengguna. Melalui ColorOS 14, pengguna juga boleh mengakses fungsi penyuntingan yang dikuasakan oleh AI. Ini sedikit sebanyak dapat memastikan setiap perubahan yang dilakukan tidak mengganggu kualiti gambar.

Masa Depan Fotografi Mudah Alih

Tidak dapat dinafikan, masa depan fotografi mudah alih kelihatan terjamin. Melalui telefon pintar AI yang bakal mendominasi industri, ia dapat menawarkan perkhidmatan yang boleh diperibadikan mengikut citarasa pengguna. Malah, penyelidikan dan pembangunan berterusan juga dapat menghasilkan inovasi yang menarik, dimana ia dapat membawa perbezaan diantara fotografi tradisional dan fotografi mudah alih.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita boleh lihat bahawa dengan inovasi dari pusat AI OPPO, generasi masa depan bagi telefon pintar OPPO akan membawakan penambahbaikan AI yang lebih menarik. Ini termasuk AI yang mampu melihat persekitarannya serta memproses maklumat yang rumit dari pengguna dan suasana. Malah, peranti AI yang boleh belajar sendiri dan memberikan pengetahuan dan inspirasi kepada pengguna secara berterusan. Secara tidak langsung, ia dapat memberikan pengalaman penggunaan peranti yang lebih memuaskan terutamanya bagi fotografi mudah alih.

Di kesempatan ini, jika anda ingin tahu apakah ciri-ciri AI yang akan ditambah-baik dalam telefon pintar OPPO kali ini, nantikan pelancaran siri OPPO Reno12 pada 27 Jun 2024. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi OPPO. Majulah AI untuk pengalaman telefon pintar yang lebih canggih.

Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia

Komen