Carian
Acer Nitro ED343CUR H Kini Di Malaysia Pada Harga RM1099
June 24, 2024 Effi Saharudin

Monitor gaming ACER Nitro ED343CUR H kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Ia dilengkapi panel 34″ LCD VA dengan resolusi QHD serta nisbah skrin 21:9, kadar segar semula semula 100Hz dan masa tindak balas 1ms. Skrin melengkung dengan diameter 1000R dan mempunyai sokongan HDR10 yang kini perlu pada sebuah monitor moden.

Rekaan ZeroFrame yang digunakan pula membolehkan monitor kelihatan seperti nirbingkai kerana penggunaan bezel yang nipis. Kerana ia sebuah monitor gaming, terdapat sistem lampu RGB terbina. Sokongan sistem AdaptiveSync turut diberikan sekali tetapi tiada NVIDIA GSync.

Di Malaysia Acer Nitro ED343CUR H dijual pada harga RM1099 sebuah dengan ia boleh dibeli menerusi Acer eStore, stor atas talian rasmi Acer di Shopee serta Lazada dan juga penjual rasmi produk Acer di seluruh negara hari ini.

Komen