Carian
Siri HONOR 200 – Standard Cukup Memuaskan, Pro Lebih Mengagumkan
June 24, 2024 Penulis Tamu

Jika anda seorang yang peka dengan keluaran telefon pintar oleh beberapa jenama di pasaran, tentu anda sedar selalunya mereka akan mengeluarkan beberapa versi bagi satu siri yang sama. Antara versi yang biasa dikeluarkan adalah seperti standard dan pro. HONOR juga tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan siri HONOR 200 dan akhirnya membawa masuk HONOR 200 Pro masuk ke pasaran Malaysia. 

Namun, disebabkan adanya dua versi yang berbeza ini, tentu anda tertanya-tanya yang mana satu agaknya sesuai dengan kegunaan harian anda. Adakah anda akan memilih yang terbaik iaitu HONOR 200 Pro ataupun HONOR 200 sahaja pun sudah cukup memadai? Jadi, teruskan bersama kami sehingga ke penghujung artikel untuk tahu siri HONOR 200 yang manakah sesuai dengan citarasa anda. 

Kamera Cukup Berkualiti, Gambar Lebih Menawan

Sebelum bermula, penting untuk anda tahu bahawa kamera siri HONOR 200 ini dibangunkan bersama Studio Harcourt yang terkenal di dunia. Studio ini menghasilkan gambar yang bernilai lebih dari RM10 ribu setiap satu. Oleh sebab itu, inovasi ini bukan sekadar mementingkan kemudahan pengguna, malah membawa fotografi berkualiti profesional kepada lebih ramai orang. 

Tanpa berlengah lagi, kita mulakan dengan sistem kamera terlebih dahulu dimana siri HONOR 200 ini dilengkapi dengan kamera 50MP+50MP+12MP yang turut ada Harcourt portrait mode. Mod ini dapat memberikan perincian yang lebih pada bahagian muka subjek dan mengaplikasikan bokeh yang sesuai dengan pencahayaan. Ini sedikit sebanyak dapat menjadikan hasil rakaman gambar anda tampak lebih cantik seakan-akan diambil di dalam studio.

Tentu anda pernah berada di situasi dimana, anda mengambil fotografi di persekitaran dengan cahaya malas tetapi hasil rakaman menjadi kabur. Dengan siri HONOR 200, anda tidak perlu risau kerana ia mempunyai sokongan OIS + EIS. Dimana ia menjadikan gambar kelihatan lebih terperinci walaupun dirakan dalam pencahayaan yang mencabar dan rakaman juga lebih stabil walaupun dirakam dalam keadaan sedang bergerak. 

Tetapi, apa yang membezakan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro adalah sensor bagi kamera utamanya. Dimana HONOR 200 menggunakan Sony IMX906 1/1.56 inci manakala HONOR 200 Pro pula menggunakan sensor H9000 1/1.3 inci. Bukan sahaja sensor tidak sama, malah HONOR 200 Pro juga dihadiri dengan AI Motion Sensing yang terdapat di HONOR Magic6 Pro. Dengan ciri ini, ia akan mengambil gambar secara automatik apabila mengesan pergerakan yang besar seperti melompat. 

Jadi, jika anda hanya ingin mengambil gambar potret yang cantik, HONOR 200 merupakan pilihan yang boleh dipertimbangkan. Namun, jika anda mahukan ciri AI pada kamera dengan sensor kamera yang terbaik untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik, HONOR 200 Pro adalah pilihan yang sesuai. 

Spesifikasi Bagus Menjadikan Penggunaan Lebih Efisien

Bagi segi spesifikasi pula, HONOR 200 dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 7 Gen 3. Ia dapat memastikan prestasi peranti anda lebih lancar untuk kegunaan seharian. Jika anda mahukan peranti yang lebih berkuasa, HONOR 200 Pro dibina dengan cip Snapdragon 8s Gen 3. Dengan adanya cip pemprosesan ini, prestasi peranti bakal menjadi lebih efisien dan lancar, walaupun digunakan buat bermain permua, menonton video mahupun membuka pelbagai aplikasi secara serentak. 

Tidak dilupakan juga, HONOR 200 Pro dilengkapi dengan HONOR C1 + RF Enhanced Chipset. Dimana ia dapat memastikan sambungan rangkaian termasuk 5G masih kuat walaupun anda berada di kawasan dengan isyarat yang lemah. Malah, HONOR 200 dipadankan lagi dengan storan 12GB + 256GB dan 12GB + 512GB, manakala HONOR 200 Pro dengan penawaran storan 12GB + 512GB. Oleh itu, anda boleh menyimpan pelbagai rakaman untuk satu tempoh masa yang lama. 

Kapasiti Bateri Sesuai Untuk Kegunaan Seharian

Selain dari segi spesifikasi, kapasiti bateri juga menjadi salah satu ciri yang dipertimbangkan. Sebab itulah, siri HONOR 200 dibina dengan bateri silikon karbon yang sama dan berkapasiti sebanyak 5200mAh. Bateri silikon karbon ini digunakan adalah bateri yang sama digunakan pada peranti mercu HONOR Magic6 Pro. Kapasiti bateri sebanyak ini adalah cukup besar untuk menampung keperluan penggunaan seharian anda. 

Skrin Yang Cerah Tapi Melindungi Mata Anda

HONOR 200 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7 inci AMOLED Quad-curved Display yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Bagi HONOR 200 Pro pula, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.78 inci AMOLED Quad-curved Floating Display yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Melalui kedua-dua jenis skrin ini, ia dapat menambah baik pengalaman penggunaan anda dari segi tatalan dan tontonan. Siri HONOR 200 juga mempunyai kecerahan skrin sehingga 4000nits. Ini sedikit sebanyak dapat memaparkan pewarnaan yang lebih jitu pada skrin peranti anda. 

Bukan itu sahaja, siri HONOR 200 turut menyokong 3840Hz PWM Dimming untuk perlindungan mata yang diiktirafkan oleh TÜV Rheinland Flicker Free Display Certification dan TÜV Rheinland Full Care Display Certification. Ciri lain yang ditawarkan adalah seperti Natural Tone 2.0 (hanya disokong pada versi Pro), dimana ia mengubah suai suhu warna paparan mengikut cahaya persekitaran. Malah, ada juga ciri AI Circadian Night Display yang menggunakan AI untuk menyesuaikan suhu warna skrin bagi mengawal cahaya biru (blue light) untuk meningkatkan kualiti tidur anda. Jadi, anda tidak perlu risau jika mahu menggunakan telefon pintar pada jangka masa yang lama. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh sama ada HONOR 200 ataupun HONOR 200 Pro yang sesuai dengan citarasa anda bukan? Dengan kamera yang cukup berkualiti, spesifikasi yang berkuasa dan bateri silikon karbon yang buat kali pertamanya digunakan pada telefon HONOR selain siri Magic. Ia menjadikan siri HONOR 200 ini peranti yang cukup berbaloi untuk anda miliki.

HONOR 200 ini dijual bermula daripada RM1,899 untuk varian 256GB dan RM2,199 untuk varian 512GB. Tapi, kalau anda berminat untuk HONOR 200 Pro pula, ia dijual pada RM2,699. Jika anda berminat, anda boleh terus pra-tempah sekarang di laman web rasmi HONOR. Melalui pembelian ini, anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,078. Ini termasuk 10 kali ganda rebat deposit bernilai sehingga RM200, HONOR Earbuds X6 dan jaminan perlindungan retak depan dan belakang selama setahun.

Penafian : Advertorial dari HONOR Malaysia

Komen