Carian
Lenovo Tab Plus Dengan Lapan Pembesar Suara Terbina Bakal Ditawarkan Pada Harga RM1599
June 24, 2024 Nazrin

Jika anda sedang mencari sebuah peranti tablet yang hadir dengan fokus terhadap kualiti audio yang mantap, Lenovo Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tablet terbaru mereka, Lenovo Tab Plus bakal memasuki pasaran Malaysia pada penghujung tahun hadapan.

Lenovo Tab Plus tampil dengan paparan skrin bersaiz 11.5 inci dengan resolusi 2000×1200 pixel dengan kadar segar semula 90Hz dan nilai kecerahan 400 nits. Dikuasakan cip pemprosesan MediaTek G99, tablet ini juga hadir dengan gabungan memori dan storan 8GB dan 128GB/256GB dan menggerakkan sistem operasi Android 14 dengan sokongan kemaskini selama dua tahun, dan kemaskini sekuriti sehingga Jun 2028.

Keunikan tablet ini hadir daripada lapan pembesar suara JBL yang terbina didalamnya, yang menjanjikan pengalaman audio terbaik, tidak kira anda sedang mendengar lagu, menonton video Netflix ataupun video penstrim kegemaran anda.

Pembesar suara ini juga ditala oleh Dolby Atmos, dan boleh digunakan sebagai pembesar suara melalui sambungan Bluetooth. Anda boleh menggunakan peranti-peranti harian anda untuk menstrimkan audio dari peranti anda ke tablet Lenovo Tab Plus ini untuk memanfaatkan konfigurasi pembesar suara untuk audio berkualiti tinggi.

Tablet ini juga tampil dengan bateri 8800mAH yang mana Lenovo mengatakan bahawa ia boleh menstrim kandungan audio selama 12 jam berturut-turut dengan satu pengecasan penuh. Sokongan pengecasan pantas 68W juga membolehkan tablet ini dicas dengan cepat, dan ia hadir dengan beberapa aksesori tambahan seperti Lenovo Tab Pen Plus, Lenovo Tab Plus Sleeve, dan Lenovo Multi-Device Wireless Keyboard untuk kemudahan penggunaan yang jarang ditawarkan pada tablet lain.

Lenovo Malaysia menjangkakan bahawa tablet Lenovo Tab Plus ini akan memasuki pasaran tempatan sekitar 21 Julai 2024 pada harga RM1599.

Komen