Carian
Apple Menolak Integrasi AI Meta Kerana Isu Privasi
June 25, 2024 Effi Saharudin

Semalam muncul laporan Apple sedang melakukan perbincangan dengan Meta untuk mengintegrasikan model kecerdasan buatan (AI) seperti Llama pada produk mereka. Tetapi hari ini Bloomberg mengatakan Apple telahpun menolak Meta kerana risau dengan isu privasi data pengguna yang mungkin muncul.

Perbincangan awal telah dilakukan pada bukan Mac tetapi tidak diteruskan. Ini sekaligus menafikan laporan WSJ yang mengatakan perbincangan masih lagi diteruskan. Pada waktu ini Apple hanya mengintegrasikan teknologi OpenAI pada Apple Intelligence untuk memberikan jawapan di luar kemampuan AI mereka dan sedang berbincang dengan Google untuk mengintegrasikan Gemini.

Pendekatan Apple untuk memperkenalkan AI pada produk mereka berbeza dengan syarikat lain kerana menawarkan pelayar perkhidmatan awanan tersendiri bagi memastikan privasi pengguna terjamin. Sungguhpun begitu ciri-ciri Apple Intelligence ini tidak akan diterima pengguna di negara-negara EU kerana isu dengan pematuhan akta DMA.

Komen