Carian
Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Chatbot Berasaskan Selebriti Dan Pempengaruh
June 25, 2024 Aman

Google sedia memperkenalkan chatbot berasaskan kecerdasan buatan, dinamakan Gemini. Kini, selain daripadanya, Google turut dilaporkan ingin memberikan personaliti kepada penawaran chatbot, dan kini sedang membangunkan chatbot mereka berasaskan kepada pempengaruh YouTube dan juga selebriti.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan mimik kepada personaliti seseorang tersebut, dan seterusnya berinteraksi dengan para pengguna lebih kurang sama seperti orang yang sebenar berkenaan. Google dikatakan sedang berbincang dengan para pempengaruh dan selebriti dalam membangunkan ciri berkenaan. Pada masa yang sama, Google dijangka turut membuka ciri sama kepada orang ramai, sekaligus membolehkan orang ramai hadir dengan bot mereka tersendiri.

Untuk makluman, sebelum ini Meta sedia menyatakan penawaran ciri lebih kurang sama melalui Meta AI, selain terdapat beberapa syarikat berasaskan kecerdasan buatan lain yang menawarkan ciri lebih kurang sama.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada ciri terbaru ini akan ditawarkan secara meluas, atau sekadar eksperimen Google dibawah Google Labs sahaja.

Komen