Carian
CIMB : Perubahan Had Transaksi Perbankan Akan Tertakluk Pada Tempoh Bertenang 12 Jam
June 25, 2024 Aman

CIMB kini memaklumkan, bermula bulan Jun 2024 ini, beberapa langkah sekuriti tambahan akan diimplementasi melalui aplikasi CIMB OCTO. Salah satunya adalah melibatkan perubahan pada had transaksi pada akaun.

Berkuat-kuasa Jun 2024 ini, perubahan pada had transaksi di CIMB akan memerlukan masa bertenang selama 12 jam, sebelum ia dapat digunakan. Ini termasuk sekiranya anda meningkatkan had transaksi melalui CIMB Clicks atau aplikasi CIMB OCTO.

Ini merupakan langkah perlindungan tambahan, disamping kepada pengenalan masa bertenang ketika berubah peranti, atau pendaftaran akaun atas-talian baharu. CIMB dilihat ingin mengelak pengguna menjadi mangsa penipuan melalui pengenalan ciri ini.

Selain itu, fungsi mengehadkan transaksi juga tidak lagi akan ditawarkan melalui CIMB Clicks – selari penawaran aplikasi berkenaan yang telah dihentikan dan digantikan dengan CIMB OCTO.

Komen