Carian
NVIDIA Bukan Lagi Syarikat Dengan Nilai Pasaran $3 Trilion
June 25, 2024 Effi Saharudin

Minggu lalu NVIDIA menjadi syarikat dengan nilai pasaran tertinggi dunia iaitu sekitar $3.335 trilion (~RM 15.68 trilion). Semalam ia jaguh ke tangga ketiga selepas dipintas kembali oleh Microsoft dan Apple. Hari ini nilai saham NVIDIA terus merosot menyebabkan nilai pasarannya kini jatuh ke $2.905 trilion.

Malahan nilai saham NVIDIA telah merosot daripada $139.89 pada Khamis lalu ke $118.10 semalam bersamaan pengurangan 15.6%. Saham semakin merosot selepas muncul laporan CEO syarikat Jensen Huang menjual saham bernilai $95 juta sejurus selepas NVIDIA mencapai status syarikat paling bernilai di dunia.

Penganalisa mengatakan kejatuhan juga disebabkan oleh normalisasi nilai saham syarikat yang melonjak naik 40% sejak permulaan 2024. Ini dipacu oleh permintaan tinggi untuk CPU dan GPU keluaran NVIDIA yang digunakan untuk melatih model-model AI. Pada waktu ini NVIDIA memegang 90% pasaran GPU global.

Walaupun “demam AI” masih lagi dapat dirasai, kerisauan orang ramai tentang pembangunan kecerdasan buatan yang mengancam kerjaya manusia serta penggunaan tenaga dan air yang tinggi oleh pusat data juga menguatkan penentangan kepada AI.

Komen