Carian
iPadOS 18 Kelak Akan Beri Pengguna Tiga Pilihan Format Storan Luaran
June 25, 2024 Fahim Zahar

Sejak sebelum Apple menggunakan USB-C pada iPad, sudah ada pengeluar aksesori pihak ketiga menawarkan storan luaran Lightning untuk pemindahan fail. Walaupun begitu aplikasi Files masih tidak begitu mesra pengguna dan akhirnya dengan iPadOS 18 perkara ini akan berubah.

iPadOS 18 kelak bakal membenarkan pengguna format storan luaran dengan lebih mudah. Selepas ini tiada lagi isu SSD luaran yang disambungkan tidak boleh dibuka kerana format berbeza. Apple dilihat membenarkan storan luaran diformat kepada tiga format berbeza iaitu APFS, ExFAT dan MS-DOS (FAT). Apple mencadangkan penggunaan APFS jika pengguna menggunakan produk Apple sepenuhnya dan menggunakan MS-DOS jika banyak menggunakan PC dan kamera.

Ciri ini menjadikan pengurusan fail pada iPadOS semakin efisien walaupun masih jauh ketinggalan berbanding apa yang Android telah sediakan. Mana tahu akan datang, Files pada iPadOS akan menyokong ciri Mac Disc Ultility yang menyokong ciri pemulihan data serta First Aid. Sama-sama kita nantikan iPadOS 18 versi stabil yang dijangka akan tiba dalam masa beberapa bulan lagi.

Komen