Carian
LG
Televisyen LG Di 500,000 Bilik Hotel Akan Mula Menyokong Google Cast Secara Berperingkat
June 25, 2024 Fahim Zahar

Di mana-mana hotel biasanya pihak pengurusan akan menghalang penggunaan Apple AirPlay atau Google Cast (dahulunya Google Chromecast). Ini adalah kerana untuk sekuriti dan privasi memandangkan pelawat di hotel akan berkongsi WiFi. Sejak ke belakangan ini beberapa hotel mula mengintegrasikan sokongan Apple AirPlay dan Google Cast bagi memudahkan pengguna dan terbaru adalah LG yang ingin memastikan televisyen mereka di hotel menyokong ciri perkongsian skrin ini.

LG bekerjasama dengan SONIFI iaitu syarikat yang membolehkan pengguna berkongsi skrin menggunakan WiFi hotel dan sambungan akan diputuskan sebaik sahaja mereka mendaftar keluar. Teknologi SONIFI adalah STAYCAST yang telah digunakan pada 500,000 bilik hotel di seluruh dunia. Kemas kini baharu akan melihat SONIFI menggunakan Google Cast untuk kaedah sambungan yang lebih efisien, mudah dan kekal selamat.

Tiada senarai hotel diberikan tetapi kita boleh menjangkakan yang secara berperingkat televisyen-televisyen LG yang menggunakan SONIFI di 5000 hotel di seluruh dunia kelak akan menyokong Google Cast. Selepas ini anda turut boleh memainkan video Netflix atau Prime Video dengan mudah tanpa masalah skrin televisyen menjadi hitam dengan audio sahaja.

Komen