GX Bank, iaitu bank digital pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh Grab, kini mengumumkan mereka telah mencapai lebih 500,000 orang pengguna dalam masa kurang setahun ia dilancarkan.

GX Bank merupakan bank digital konvensional, dan telah diperkenalkan pada 30 November 2023 lepas, dan mencapai sekitar 100,000 orang pengguna dalam masa sekitar dua minggu lepas dilancarkan. GXBank juga turut menawarkan kad debit fizikal, serta hadir dengan beberapa promosi eksklusif dibawah platform mereka.
Pada hari ini, sebanyak tiga bank digital telah dilancarkan di Malaysia, dimana dua adalah bank digital konvensional iaitu GXBank dan juga Boost Bank. Sementara satu lagi adalah bank digital Islam, oleh AEON Bank.