Carian
Rasmi : Galaxy Unpacked Pada 10 Julai 2024 – Siri Galaxy Z Baharu Bakal Diperkenalkan
June 26, 2024 Aman

Samsung hari ini secara rasminya mengumumkan acara Galaxy Unpacked mereka yang seterusnya bakal diadakan pada 10 Julai 2024. Pada acara berkenaan, Samsung dijangka memperkenalkan beberapa peranti baharu untuk pasaran, selain turut memfokuskan pada penawaran kecerdasan buatan, Galaxy AI.

Menjadi fokus utama pada acara berkenaan adalah siri Galaxy Z, iaitu telefon boleh-lipat Galaxy Z Fold dan juga telefon boleh-katup Galaxy Z Flip. Disamping itu, Samsung juga mungkin memperkenalkan penawaran jam tangan pintar baharu mereka, fon telinga nirwayar, dan juga berkemungkinan adalah cincin pintar, Galaxy Ring.

Selari dengan acara ini juga, kini Samsung Malaysia membuka pendaftaran minat bagi orang ramai sehingga 9 Julai 2024 kelak, dan menawarkan baucar sehingga RM500 untuk pra-tempahan peranti Samsung akan datang. Acara Galaxy Unpacked ini akan berlangsung pada 10 Julai 2024, pada pukul 9 malam waktu tempatan.

Komen