Carian
Meta Quest Menguji Ciri Yang Mirip Vision Pro
June 26, 2024 Effi Saharudin

Meta kini sedang menguji ciri pada set kepala Quest yang menjadikan penggunaannya lebih mirip yang ditawarkan di Apple Vision Pro. Tiga tingkap maya boleh dibuka di dalam Quest dan kemudiannya boleh disusun dengan bebas oleh pengguna. Sebelum ini ciri mengapungkan tingkap maya dalam mod realiti gabungan disokong tetapi kedudukannya tidak boleh diubah oleh pengguna.

Ciri ini masih lagi dalam ujian dengan ia hanya diberikan kepada mereka yang menggunakan sistem operasi Meta Quest OS v67 PTC. Ia juga perlu diaktifkan secara manual bagi sekiranya ingin mencuba ciri yang masih di peringkat beta. Selepas Vision Pro dilancarkan, Mark Zuckerberg mengatakan Quest ialah set kepala yang lebih baik kerana bukan sahaja lebih mampu milik tetapi juga menawarkan lebih banyak ciri.

Mod tingkap maya terapung di Meta Quest sekarang

Meta mempunyai perancangan menawarkan set kepala Quest yang lebih berkuasa untuk bersaing dengan Vision Pro. Tetapi jika ciri yang sama boleh dinikmati pada model Quest semasa yang lebih mampu milik, ia adalah berita baik bagi orang ramai yang tidak mampu membeli Vision Pro.

Komen