Motorola hari ini telah melancarkan dua telefon-katup mereka iaitu Motorola Razr 2024 dan Motorola Razr+ 2024. Kedua-dua peranti ini mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dan dilihat berpotensi menjadi pesaing Samsung Galaxy Z Flip6 yang kompetitif.

Kedua-dua peranti menggunakan skrin dalam 6.9-inci LTPO OLED 165Hz dengan kecerahan mencapai 3000 nits. Motorola turut menawarkan ciri seakan Microsoft Recall iaitu Remember This yang mengambil tangkapan layar pada skrin dan menjana butiran untuk pengguna menggunakan AI generatif. Ciri AI baharu ini terkumpul di bawah Moto AI yang turut mempunyai ciri catch me up yang merumus notifikasi pengguna serta bijak dalam mendengar arahan suara.
Motorola Razr+ 2024

Peranti ini adalah model mercu dengan skrin luar bersaiz 4-inci iaitu 17% lebih besar berbanding tahun lepas. Skrin luar ini turut telah dioptimasikan untuk digunakan bersama Google Gemini. Motorola turut menjanjikan skrin dalam dengan kurang kesan lipatan dan turut kini mempunyai perlindungan IPX8. Peranti dijana cip Snapdragon 8s Gen 3, dilengkapi dengan kamera 50MP utama + 50MP 2x telefoto dan kamera swafoto 32MP. Bateri peranti adalah 4000mAh dengan pengecasan pantas 45W.
Motorola Razr 2024

Peranti ini pula adalah model kelas pertengahan mereka. Skrin luar adalah 3.6-inci iaitu lebih besar berbanding 1.5-inci berbanding model sebelum. Seperti Razr+, Gemini turut telah dioptimasikan untuk skrin luar peranti ini. Untuk cip, peranti ini dijana dengan Dimensity 7300X, bateri pula 4200mAh dengan pengecasan 30W dan kamera pula adalah 50MP utama + 13MP sudut ultra lebar dengan kamera swafoto 32MP.
Motorola Razr+ dan Razr 2024 hanya dijual di negara-negara Eropah yang terpilih, Amerika Syarikat, Kanada dan China dengan nama Razr 50 Ultra/Razr 50. Harga jualan Razr+ untuk 12/512 GB adalah $999 (~RM4705), sementara Razr 8/256 GB adalah $699 (~RM3292).