Carian
Tiada Lagi Tatalan Tanpa Henti – Paparan Muka Surat Kembali Pada Keputusan Carian Google Search
June 26, 2024 Effi Saharudin

Google Search mengembalikan semula paparan muka surat pada keputusan carian yang dilakukan oleh pengguna. Sebelum ini keputusan carian dipaparkan dalam bentuk skrol berterusan. Paparan muka surat dikembalikan di Google Search untuk carian menggunakan desktop bermula hari ini sekaligus mengembalikan rekaan ikonik yang digunakan sejak laman carian dilancarkan.

Sebagai peringatan ciri keputusan carian dengan skrol tanpa henti diperkenalkan pada peranti mudah alih pada Oktober 2021 dan kemudian di desktop pada Disember 2022. Menurut Google ciri klasik ini dikembalikan semula untuk memaparkan hasil carian yang lebih pantas dan lebih digemari oleh pengguna.

Komen