Carian
Patung Buddha Yang Lebih Tua Daripada Angkor Wat dan Candi Borobodur Ditemukan Di Kedah
June 27, 2024 Effi Saharudin

Kemboja mempunyai kompleks Angkor Wat dan Indonesia pula mempunyai Candi Borobodur. Dua peninggalan sejarah berusia ribuan tahun ini menjadi tarikan pelancong dan memberikan tingkap kepada sejarah leluhur kita. Semalam penyelidik dari Pasukan penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) mengumumkan penemuan patung Buddha bersaiz manusia yang dipercayai lebih tua berbanding dua bangunan bersejarah negara jiran ini.

Patung Buddha Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras – Jabatan Warisan Negara

Patung ini ditemukan di Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, Kedah dengan ia terletak di dinding utara candi Bukit Choras. Ia diperbuat daripada bahan stucco dengan Buddha dipaparkan dalam kedudukan duduk bersila ketika sedang bermeditasi. Penemuan ini mengesahkan Bukit Choras pernah menjadi tapak keagamaan yang penting ketika abad kelapan hingga kesembilan

Patung Buddha dan artifak yang digali – Jabatan Warisan Negara

Penyelidikan dilalukan di Bukit Choras antara 21 April hingga 21 Mei lepas oleh pasukan penyelidik tempatan diketuai Dr Nasha Rodziadi Khaw dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) dan USM. Kerja penggalian yang dilakukan mendedahkan struktur binaan pada bahagian dinding utara dan barat hingga memperlihatkan dengan jelas struktur utama candi Bukit Choras. Selain patung Buddha, sebuah prasasti Sanskrit yang diukir di atas badan batu dan serpihan tembikar tanah turut ditemukan.

Prasanti – Jabatan Warisan Negara
Komen