Carian
Pengguna Malaysia Yang Paling Banyak Memuat Turun TikTok Whee Di Dunia
June 27, 2024 Fahim Zahar

TikTok sejak kebelakangan ini amat serius dalam cuba menjadi pesaing Instagram. Mereka sudah beberapa kali menguji ciri perkongsian gambar dari yang terbina di dalam TikTok, kemudian TikTok Now yang dihentikan kurang setahun selepas dilancarkan dan terbaru pula adalah TikTok Whee. Selepas beberapa minggu Whee dilancarkan, orang ramai masih tidak tahu mengenainya.

Pertama, Whee tidak dilancarkan di Amerika Syarikat kerana isu mereka bersama kerajaan sekarang. Kedua, TikTok tidak melakukan sebarang pemasaran serius terhadap Whee termasuk tidak membeli iklan pada mana-mana gedung aplikasi. Dalam laporan TechCrunch, Whee telah dimuat turun oleh sekitar 23,000 pengguna di seluruh dunia. 13,000 adalah pengguna iOS dan 10,000 adalah pengguna Android.

Tambahan mereka lagi, Malaysia adalah antara pengguna iOS paling ramai memuat turun Whee iaitu sebanyak 2400 orang. Negara lain seperti Turki, Saudi Arabia, Peru dan Indonesia semuanya dari bawah 2200 ke 800 muat turun sahaja. Saya telah mencuba Whee untuk beberapa minggu, setakat ini ia tidak mempunyai daya tarikan untuk saya beralih dari Instagram ke platform mereka. Anda pula bagaimana?

Komen