Carian
Tidal Tidak Lagi Disokong Pada TV Samsung
June 27, 2024 Effi Saharudin

Aplikasi penstriman muzik Tidal tidak lagi akan disokong pada TV pintar Samsung bermula 8 Julai depan. Pengguna mula menerima emel daripada Tidal yang mengumumkan penamatan sokongan aplikasi untuk Tizen OS minggu ini.

Tindakan menamatkan sokongan untuk TV Samsung dilakukan selepas mereka turut menamatkan sokongan untuk Fire TV dan juga Roku. Aplikasi mula ditawarkan pada TV Samsung sejak 2018. Kepada pengguna Tidal, mereka kini perlu berubah kepada Apple TV dan Android TV sahaja selepas ini. Jika mereka memiliki peranti Galaxy, sokongan memainkan muzik pada TV hanya boleh dilakukan dengan ciri Smart View sahaja selepas ini.

Selain tidak lagi menyokong TV Samsung, Tidak juga melakukan perubahan besar tidak lagi menawarkan audio dalam format MQA dan 360 Reality AudioA dengan ia digantikan pula dengan format Flac dan Dolby Atmos.

Komen