Carian
Oppo Enco Air4 Pro Turut Dilancarkan Pada Harga RM399 Di Malaysia
June 27, 2024 Rihhadatul Aisy

Selain daripada telefon pintar, Oppo Malaysia turut mengemaskini aksesori audionya dengan produk baharu. Melaluinya Oppo Enco Air4 Pro telah diumumkan dengan rekaan yang berbeza daripada model sebelum ini.

Tambatan pantas pada Enco Air4 Pro kini boleh dibuat menerusi bluetooth 5.4. Selanjutnya bateri disertakan juga mampu bertahan lebih lama mencapai 44 jam dengan pod pengecas. Oppo Enco Air4 Pro didatangkan dengan pod pengecas dengan binaan jenis matte. Ini menjadikan tubuhnya tidak mudah terlihat kotor dengan kesan cap jari. Bukan itu sahaja, pemandu audio 12.4mm dan sistem tiga mikrofon yang terbina menjadikan kesan bunyi menjadi lebih jelas sekaligus meningkatkan pengalaman mendengar pengguna. 

Tambatan pantas boleh dibuat menerusi Bluetooth 5.4 yang turut sama menyokong sambungan dua peranti secara serentak. Kapasiti bateri 440mAh yang digunakan boleh bertahan hingga 44 jam dengan pod pengecas. Tidak ketinggalan, ia juga melepasi penarafan kalis air IP55 sebagai pelindungan tambahan.  

Oppo Enco Air4 Pro ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM399 seunit.

Komen