Carian
IDA Iaitu Pembantu Maya Dalam Kereta Volkswagen Kini Menerima Integrasi ChatGPT
June 27, 2024 Fahim Zahar

Nampaknya langkah pintas untuk menjayakan mana-mana pembantu maya adalah dengan integrasi chatbot kecerdasan buatan generatif. Ini adalah apa yang Apple lakukan dengan Siri dan Apple Intelligence, jika Siri tidak dapat menjawab sesuatu ia akan menggunakan ChatGPT. Terbaru, Volkswagen turut melakukan perkara yang sama.

Dalam kereta-kereta Volkswagen, IDA adalah pembantu maya terbina yang pemandu boleh gunakan untuk kawal arahan selok-belok, mengubah suhu pendingin hawa dan banyak lagi. Kemas kini baharu membolehkan pemandu bertanyakan apa jua soalan kepada IDA dan jika ia tidak boleh menjawab, jawapan yang diterima adalah daripada ChatGPT.

Untuk menjaga privasi setiap pemandu, setiap soalan diberikan dan jawapan yang diterima akan terus dipadam. Kemudian ciri ini juga adalah pilihan kerana pemandu bebas mematikannya pada bila-bila masa. IDA baharu ini hanya menyokong bahasa Inggeris (AS), Inggeris (UK), Sepanyol, Czech dan Jerman. Akses ini juga terhad kepada kereta elektrik Gold, Tiguan dan Passat. Volkswagen turut tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau langganan untuk menggunakan ChatGPT bersama IDA.

Komen