Carian
SoftBank Dilaporkan Akan Melabur Pada Perplexity AI Pada Nilai $3 Bilion
June 27, 2024 Aman

SoftBank kini dilaporkan ingin melabur pada perkhidmatan kecerdasan buatan yang turut mengintegrasikan sokongan carian, dinamakan Perplexity AI. Firma kecerdasan buatan berkenaan dinilaikan sekitar $3 bilion, dan SoftBank dijangka akan melakukan pelaburan sekitar antara $10 juta ke $20 juta melaluinya.

Buat masa ini, ia dilaporkan suntikan dana pelaburan baharu ini masih dalam peringkat perbincangan, dan mungkin terdapat perubahan pada terma.

Perplexity sebelum ini sedia memposisikan diri sebagai pesaing dalam arena carian, selain turut hadir dengan sokongan menjana halaman untuk sesuatu topik dengan dikuasakan kecerdasan buatan. Namun, ia juga terpalit dengan pelbagai perkara melibatkan hak cipta yang masih tidak terjawab sehingga kini.

Untuk makluman, sebelum ini Perplexity sedia menerima suntikan dana pelaburan daripada NVIDIA dan juga Jeff Bezos.

Komen