Carian
AMD FSR 3.1 Kini Boleh Digunakan Dengan Sokongan Pada Enam Permainan Video
June 28, 2024 Effi Saharudin

Ciri AMD FidelityFX Super Resolution 3.1 (FSR 3.1) kini akhirnya boleh digunakan pada siri kad grafik keluaran AMD, NVIDIA dan Intel yang disokong. FSR 3.1 membolehkan permainan dimainkan pada tetapan sehingga 4K dengan peningkatan kualiti grafik dan kadar bingkai yang juga lebih tinggi berbanding tanpa FSR.

Menurut AMD, peningkatan prestasi sehingga 4.4 kali ganda boleh dinikmati menerusi FSR 3.1. Lima permainan pertama yang menyokong FSR 3.1 bermula haru ini ialah Horizon Forbidden West Complete Edition, Ratchet & Clank: Rift Apart, Ghost of Tsushima DIRECTOR’S CUT, Marvel’s Spider-Man Remastered, dan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales. Kelak God of War Ragnarök juga akan disokong.

Turut diumumkan oleh AMD hari ini ialah sebanyak 60 permainan PC kini menyokong FSR 3.0. Mereka juga sedang berusaha untuk menambah lebih banyak permainan yang menyokong FSR 3.0 dan FSR 3.1.

Komen