Webtoon, salah satu laman memfokuskan komuniti peminat komik, kini telah melakukan penyenaraian awam secara rasminya di Nasdaq. Webtoon mempunyai beberapa jenama dibawah mereka, termasuk Line Manga, Wattpad, Yonder dan sebagainya. Webtoon sendiri memposisikan syarikat mereka sebagai syarikat “story tech”.

Melalui penyenaraian di Nasdaq, Webtoon memperlihatkan mereka secara keseluruhan mempunyai seramai 170 juta pengguna aktif setiap bulan, dengan 24 juta pencipta kandungan di platform mereka. Secara tahunan, Wattpad menjana pendapatan sebanyak $1.3 bilion setahun.
Syarikat ini dimiliki oleh Naver yang berpusat di Korea Selatan, dan dinilaikan pada lebih $2.67 bilion ketika penyenaraian awam. Dengan penyenaraian awam ini, ia dijangka akan terus meningkatkan nilai syarikat berkenaan, sekaligus membawa perkembangan syarikat tersebut ke fasa seterusnya.